Jantung merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Jantung mempunyai beberapa bahagian yang mempunyai peranannya yang tersendiri.
BAGAIMANAKAH JANTUNG KITA BERFUNGSI.
1. Paru-paru (lungs) – darah menjadi beroksigen (oxygenated blood)
2. Pulmonary vein – salur darah yang mengandungi darah beroksigen
3. Left atrium – bilik jantung pertama terima darah beroksigen
4. Bicuspid valve – injap yang memastikan darah hanya bergerak dari Left atrium ke Left ventricle
5. Left ventricle – bilik jantung kedua terima darah beroksigen, berdinding sangat tebal. Berfungsi mengepam darah dengan kuat ke seluruh badan. Bilik jantung paling penting
6. Aortic valve – injap yang memastikan darah hanya bergerak dari Left ventricle ke Aorta
7. Aorta – salur darah artery paling penting. Paling besar, berdinding paling tebal, paling kenyal untuk menahan tekanan tinggi darah yang mengalir di dalamnya. Tiada injap.
8. Sel-sel badan – terima oksigen dari darah. Tempat berlakunya respirasi sel (cell respiration) yang membebaskan karbon dioksida, air dan tenaga
9. Vena cava – salur darah pertama terima darah terdeoksigen (deoxygenated blood). Ada valve, berdinding agak nipis, lumen besar. Oleh itu, darah mengalir agak perlahan dan bertekanan rendah
10. Right atrium – bilik jantung pertama terima darah terdeoksigen
11. Tricuspid valve – injap yang memastikan darah mengalir dari Right atrium ke Right ventricle
12. Right ventricle – bilik kedua terima darah terdeoksigen. Berdinding tebal sedikit berbanding Right atrium tetapi tidaklah setebal Left ventricle. Mengepam darah ke paru-paru
13. Pulmonary valve – memastikan darah hanya mengalir dari Right ventricle ke Pulmonary artery
14. Pulmonary artery – salur darah yang membawa darah terdeoksigen kembalik ke paru-paru untuk mengambil oksigen semula
ANTARA PENYAKIT2 JANTUNG.
1. Penyakit jantung koronari merupakan kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung Ia menyebabkan sakit dada teruk dan ketidak selesaan yang dikenali sebagai angina. Penyakit jantung koronari yang berterusan akan menyebabkan sakit jantung.
2. Myocardial infarction atau umumnya dikenali sebagai sakit jantung berlaku disebabkan kematian sel jantung akibat kitaran darah kepada jantung terganggu.
3. Congestive heart failure atau kegagalan jantung adalah kehilangan daya pam jantung.
Endokarditis, myokarditis dan perikarditis adalah keradangan jantung.
4. Arrhythmia kardiak (cardiac arrhythmia) adalah ketidaktentuan degupan jantung.
Kami menawarkan supplement terbaik dari Shaklee untuk kesihatan jantung anda.
Untuk keterangan lanjut, hubungi kami di:
Email: wan.nuraisyah85@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 019-9856020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan