Khamis, 12 September 2013

Diabetes @ kencing manis

KENCING MANIS

Penyakit kencing manis ataupun Diabetes merupakan sejenis penyakit yang mempunyai kandungan glukosa(gula) yang tinggi dalam darah. Ia dapat dikesan terutamanya selepas pengidapnya mengambil makanan. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga. 

Diabetes dibahagikan kepada 2 katogari :-

a) Diabetes jenis pertama (I) = diabetes bersandar insulin (IDDM-Insulin Dependeny Diabetes Mellitus;) @ diabetes awal remaja. Diabetes jenis ini berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Simptom penyakit ini boleh dikenal pasti sejak dari kanak-kanak atau remaja. Pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk mengawal tahap glukosa darah.

b) Diabetes jenis kedua (II) terjadi disebabkan oleh penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Pengawalan/pemantauan makanan, pengurusan berat badan, bersenam dapat membantu pesakit diabetes ini. Suntikan insulin perlu diambil JIKA pengambilan ubat secara makan tidak berkesan. Ini kerana insulin masih lagi boleh dihasilkan dari pankreas.


TANDA-TANDA AWAL PENGIDAP KENCING MANIS

1. Kerap membuang air kecil
2. Berat badan yang menurun
3. Sentiasa merasa lapar
4. Sentiasa merasa haus dahaga
5. Letih yang tidak menentu
6. Pandangan semakin menjadi kabur
7. Mudah mendapat penyakit kulit
8. Merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan
9. Merasa penat dan sakit kaki
10. Gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha


TANDA-TANDA SERIUS/TERUK PENGIDAP KENCING MANIS

1. Sentiasa haus
2. Hilang selera untuk makan
3. Muntah-muntah
4. Pengsan dan tidak sedarkan diri
5. Air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut


SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT KENCING MANIS?


A. Adik beradik kepada pesakit diabetes
B. Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
C. Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
D. Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
E. Individu yang tindak bersenam
F. Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun



LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

1. PEMAKANAN SIHAT - Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta mengikut keperluan umur

2. BERSENAM - Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan 20 minit bagi setiap sesi  dan bertambah menyeronokkan bersenam bersama keluarga

3. PENJAGAAN KESIHATAN - Lakukan pemeriksaan doktor apabila anda mengalami tanda-tanda diabetes

4. SUPPLEMENT - Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik.

5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA - Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya penyakit diabetes dalam tubuh.


LANGKAH-LANGKAH PERLU DIAMBIL BERAT OLEH PESAKIT KENCING MANIS

1. Menjaga kebersihan badan dengan sempurna dan teliti

2. Sentiasa mengawasi makan dengan teliti, elakkan gula, tidak memakan makanan yang berkanji

3. Menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihadapinya

4. Sentiasa besenam dan berehat secukupnya

5. Jangan terlalu boros menggunakan tenaga

6. Bila melakukan kerja-kerja yang berat setelah merasa penat segeralah berhenti janganlah diteruskan lagi



PETUA-PETUA MENGUBATI/MEREDAKAN KENCING MANIS







1. Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya, keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbukkanlah sehingga hancur, kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat minuman seperti minum kopi, atau

2. Ambil 20 gram pokok kemunting cina bersama akar serta daun dan bunganya. rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. minumlah 2 kali sehari, lakukan sehingga sembuh, atau

3. Minumlah air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari, Insya’ Allah dalam masa 2 bulan akan pulih.

4. Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.

5. Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.

6. Ambil kulit pokok petai dan masukkan ke dalam kelongsong ketupat yang kosong dan rebus di atas perapian. minumlah air tersebut 3 kali sehari, atau

7. Ambil 5 kulit buah jering (tanpa isi) dan goreng tanpa minyak, gorenglah sehingga garing. kemudiannya tumbuk sehingga halus. ambil 1 sudu teh debu kulit jering tersebut dan bancurlah dengan air serbuk kopi yang hendak diminum, minumlah air tersebut 2 kali sehari. 

Selamat Mencuba!


UNTUK CARA MUDAH UNTUK MENCEGAH KENCING MANIS?


Dapatkan consultant dari kami
PM: https://www.facebook.com/KedaiNutrisiAisyah
Blog: http://shaklee-wnuraisyah.blogspot.com/
Email: wan.nuraisyah85@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 019-9856020

Postage & COD disediakan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan