Memaparkan catatan dengan label penjagaan jantung shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penjagaan jantung shaklee. Papar semua catatan

Selasa, 10 September 2013

LANGKAH KURANGKAN DARAH TINGGI

PENGENALAN DARAH TINGGI



Darah tinggi atau juga dikenali sebagai hypertension adalah keadaan dimana tekanan darah di ateri meningkat. Peningkatan ini menyebabkan jantung harus bekerja lebih keras dari biasa untuk mengalirkan darah melalui pembuluh darah.

Tekanan normal :bacaan atas ( sistolik) : 100-140mmHg
                        bacaan bawah ( diastolik) : 60-90 mmHg.

Tekanan darah tinggi : bacaan atas ( sistolik) : >140mmHg
                                bacaan bawah ( diastolik) : > 90 mmHg.





TANDA-TANDA DARAH TINGGI

1. Sakit kepala / pening
2. Bahagian belakang kepala berasa berdenyut-denyut pada waktu pagi
3. Merasa lemah
4. Jantung berdebar-debar
5. Sesak nafas ketika melakukan kerja-kerja ringan



FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB DARAH TINGGI



1. Cara hidup tidak aktif ( kurang bersukan)
2. Merokok
3. Kegemukan
4. Kolestrol yang tinggi
5. Pengambilan alkohol yang berlebihan
6. Pengambilan garam yang tinggi
7. Umur melebihi 35 tahun
8. Sejarah keluarga
9. Stress
10. Diet tidak seimbang



LANGKAH KURANGKAN DARAH TINGGI

1. Bersenam dengan kerap. Sekurang-kurangnya 30-40 minit 2-3 kali seminggu
2. Jangan merokok. Nikotin meningkatkan tekanan darah sehingga 10mmHg sejam.
3. Kurangkan berat badan.
4. Kurangkan pengambilan garam < 2.3g sehari.1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
5. Kurangkan Stres. Stres boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
6. Amalkan diet yang lebih baik.
7. Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. 
8. Berehat seketika 5-10 minit ketika anda sedang sibuk melakukan kerja
9. Minum air 7-8 gelas setiap hari 
10. Tidur cukup di malam hari selama 7-8 jam



PETUA TRADISIONAL




Ubat untuk darah tinggi diperolehi daripada buah belimbing buluh yang dalam bahasa saintifiknya dipanggil Averrhoa bilimbii.

“Caranya ialah ambil beberapa buah belimbing buluh yang segar dan kemudianya dikisar buah tersebut sehingga lumat.

Tapiskan untuk dapatkan airnya. Campukan sedikit bahan perasa kerana rasanya agak pahit. Minumlah pada waktu pagi ataupun petang,” kata Dr. Mohd Said


CARA MODEN

Berminat? Hubungi untuk konsultasi & harga istimewa:
PM: https://www.facebook.com/KedaiNutrisiAisyah
Blog: http://shaklee-wnuraisyah.blogspot.com/
Email: wan.nuraisyah85@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 019-9856020

Postage & COD disediakan.

Isnin, 9 September 2013

CO-ENZYME Q10

CO-ENZYME Q10 atau lebih dikenali sebagai CoQ10 merupakan salah satu 'bahan' penting dalam kehidupan kita. Mungkin sebelum ini kita tidak pernah mengetahui nya. CoQ10 bertanggungjawab untuk membekalkan tenaga kepada kita. Walaubagaimanapun bilangan CoQ10 mula berkurangan apabila umur kita mencecah 20an.


1.  Apakah Koenzim Q10 (CoQ10)?

CoQ10 ialah sejenis nutrien yang berfungsi seperti vitamin dan dijumpai di dalam setiap sel dalam badan manusia. 

2.  Mengapakah CoQ10 begitu penting?

a) CoQ10 memainkan peranan yang kritikal dalam pengeluaran tenaga di dalam setiap sel untuk memastikan sel dan badan berfungsi dengan baik. Contoh : kegiatan mengepam oleh jantung sehingga ke pernafasan, berjalan mahupun berfikir.

b) CoQ10 merupakan sejenis antioksidan yang berkuasa dan dapat mematahkan serangan radikal bebas. 

3.  Peranan CoQ10?

CoQ10 memainkan peranan penting dalam pengeluaran tenaga. Ia membantu sel-sel dalam badan untuk menukar makanan kepada tanaga. CoQ10 juga dikenali sebagai pencetus tenaga.

4. Apakah manfaat daripada CoQ10?

a.  Meningkatkan tenaga dan Daya Hidup

CoQ10 lterlibat dalam pengeluaran tenaga di dalam setiap sel. Tenaga yang membolehkan anda berlari ke sana-sini secara fizikal, malahan ia juga menyediakan tenaga yang diperlukan oleh sistem penghadaman untuk memproses makanan, tenaga yang diperlukan oleh jantung anda untuk terus mengepam darah, malahan tenaga yang perlu dibekalkan kepada setiap organ dalam badan agar ia dapat berfungsi dengan sempurna.

b.  Menyokong jantung yang kuat

Jantung memerlukan bekalan tenaga yang paling besar berbanding dengan organ lain dalam badan anda. Otot-otot jantung tidak pernah berhenti bekerja. Untuk kita terus hidup, jantung kita mesti terus mengepam darah dan kegiatan ini memerlukan tenaga dan CoQ10.

Jantung memerlukan sepuluh kali ganda lebih banyak CoQ10 untuk berfungsi secara optimum. Jika jantung mengepam darah dengan baik, maka pernafasan juga menjadi lebih lancar. Tangan dan kaki anda akan berasa lebih kuat, demikian juga minda berasa lebih tajam. Malahan seluruh jiwa raga anda berasa lebih bertenaga.

c. Menyokong Sistem Imuniti

Apabila badan menjadi lebih kuat sehingga ke peringkat setiap sel, begitu juga dengan sistem imuniti anda. CoQ10 boleh membantu melindungi sel-sel daripada serangan radikal bebas. Hasilnya, sel-sel organ dan badan anda kekal sihat.

d.  Memperlahankan proses penuaan

Satu lagi manfaat yang paling berkuasa daripada CoQ10 apabila ia disertai dengan pemakanan serta gaya hidup yang sihat (seperti senaman), ia dapat membantu anda menangani proses penuaan dengan lebih baik.

5.  Dari manakah badan anda mendapat CoQ10?

a. CoQ10 dibuat secara semula jadi di dalam hati dan juga oleh setiap sel dalam badan. 

b. Ia juga dapat dijumpai dalam kebanyakan makanan tetapi dengan jumlah yang lebih kecil
Contoh : Daging, Ayam, Kekacang panggang, Brokoli, Oren, Strawberi, Telur Rebus.

c. Supplement yang mengandungi CoQ10 --> CoQhealth plus shaklee 


6. Apakah kelebihan Supplement CoQhealth plus shaklee?

a. CoQhealth plus shaklee mengandungi kesemua proprietari semulajadi campuran 28mg CoQ10 + Vitamin E + Ekstrak teh hijau 

28mg CoQ10 = 1.7kg ayam @ 28 cawan brokoli.

b. CoQ10 + Vitamin E = mengukuhkan keupayaan anti-oksidan

c. Ekstrak teh hijau mengandungi procyanidins membantu menyokong kesihatan lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung.

d. CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaeda penaipan yis.

e. Tanpa gluten



Berminat? Hubungi untuk konsultasi & harga istimewa:
PM: https://www.facebook.com/KedaiNutrisiAisyah
Blog: http://shaklee-wnuraisyah.blogspot.com/
Email: wan.nuraisyah85@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 019-9856020

COD/Postage disediakan

Ahad, 8 September 2013

JANTUNG KITA

JANTUNG

Jantung merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Jantung mempunyai beberapa bahagian yang mempunyai peranannya yang tersendiri.





BAGAIMANAKAH JANTUNG KITA BERFUNGSI.




1. Paru-paru (lungs) – darah menjadi beroksigen (oxygenated blood)
2. Pulmonary vein – salur darah yang mengandungi darah beroksigen
3. Left atrium – bilik jantung pertama terima darah beroksigen
4. Bicuspid valve – injap yang memastikan darah hanya bergerak dari Left atrium ke Left ventricle
5. Left ventricle – bilik jantung kedua terima darah beroksigen, berdinding sangat tebal. Berfungsi mengepam darah dengan kuat ke seluruh badan. Bilik jantung paling penting
6. Aortic valve – injap yang memastikan darah hanya bergerak dari Left ventricle ke Aorta
7. Aorta – salur darah artery paling penting. Paling besar, berdinding paling tebal, paling kenyal untuk menahan tekanan tinggi darah yang mengalir di dalamnya. Tiada injap.
8. Sel-sel badan – terima oksigen dari darah. Tempat berlakunya respirasi sel (cell respiration) yang membebaskan karbon dioksida, air dan tenaga
9. Vena cava – salur darah pertama terima darah terdeoksigen (deoxygenated blood). Ada valve, berdinding agak nipis, lumen besar. Oleh itu, darah mengalir agak perlahan dan bertekanan rendah
10. Right atrium – bilik jantung pertama terima darah terdeoksigen
11. Tricuspid valve – injap yang memastikan darah mengalir dari Right atrium ke Right ventricle
12. Right ventricle – bilik kedua terima darah terdeoksigen. Berdinding tebal sedikit berbanding Right atrium tetapi tidaklah setebal Left ventricle. Mengepam darah ke paru-paru
13. Pulmonary valve – memastikan darah hanya mengalir dari Right ventricle ke Pulmonary artery
14. Pulmonary artery – salur darah yang membawa darah terdeoksigen kembalik ke paru-paru untuk mengambil oksigen semula



ANTARA PENYAKIT2 JANTUNG.

1. Penyakit jantung koronari merupakan kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung Ia menyebabkan sakit dada teruk dan ketidak selesaan yang dikenali sebagai angina. Penyakit jantung koronari yang berterusan akan menyebabkan sakit jantung.

2. Myocardial infarction atau umumnya dikenali sebagai sakit jantung berlaku disebabkan kematian sel jantung akibat kitaran darah kepada jantung terganggu.

3. Congestive heart failure atau kegagalan jantung adalah kehilangan daya pam jantung.
Endokarditis, myokarditis dan perikarditis adalah keradangan jantung.

4. Arrhythmia kardiak (cardiac arrhythmia) adalah ketidaktentuan degupan jantung.


Kami menawarkan supplement terbaik dari Shaklee untuk kesihatan jantung anda.



Untuk keterangan lanjut, hubungi kami di:

Email: wan.nuraisyah85@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 019-9856020