Insulin merupakan sejenis hormon jenis yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas. Sel yang menghasilkan hormon insulin dikenali sebagai sel beta.
Insulin amat diperlukan oleh badan untuk mengawal tahap keseimbangan glukosa dalam darah. Seterusnya ia bertindak meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel badan. Kegagalan badan untuk menghasilkan insulin atau jumlah insulin tidak mencukupi, menyebabkan kuantiti glukos dalam darah meningkat.
JENIS-JENIS INSULIN
Terdapat pelbagai jenis insulin yang ada di pasaran. Perbezaannya adalah dari segi permulaan masa bertindak dan jangka masa tindakannya. Antara jenis-jenis nya ialah:-
DOS-DOS YANG PERLU DIAMBIL
Kuantiti atau jumlah insulin yang diambil harus lah betul. Sila rujuk pada doctor untuk memastikan dos yang diambil tidak berlebihan.
TEMPAT YANG SESUAI BAGI SUNTIKAN?
Insulin disuntik ke dalam tisu “subcutaneous” (antara kulit dan lapisan otot). Tempat bagi suntikan adalah penting kerana kadar penyerapan insulin berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain. Antara tempat yang disyorkan :-
1. Untuk tindak balas yang cepat, suntik di bahagin perut
2. Untuk tindak balas yang sederhana suntik di bahagian lengan
3. Untuk tindak balas yang lambat suntik di bahagian peha dan punggung
Pesanan: -
1.Tukar tempat suntikan mengikuti urutan untuk mengelakkan pembetukan kumpulan lemak atau rongga udara kosong.
2.Elakkan daripada menyuntik ke bahagian yang akan digunakan ketika bersenam. Contoh : lengan atau paha ketika bermain tenis.
3.Bersihkan tempat yang hendak disuntik dengan sabun dan air. Tidak perlu untuk mengelap kulit dengan “methylated spirit” 70% di rumah kerana ianya akan menyebabkan kulit menjadi tebal.
CARA MENYUNTIK DOS INSULIN
1. Cuci dan keringkan tangan anda.
2. Bersihkan penutup getah di botol insulin dengan menggunakan kapas yang dicampur alkohol.
3. Gulingkan botol insulin dengan perlahan di antara tangan anda. Ini akan memberikan dua manfaat iaitu pencampuran insulin dan memanaskannya ke taraf suhu badan untuk mengurangi rasa sakit bila disuntik.
4. Ambil penyuntik daripada paket dan alihkan penutupnya.
5. Sedut sejumlah udara yang sama seperti isipadu insulin dengan cara menarik ‘omboh’ penyuntik ke bawah.
6. Dengan memegang botol itu dalam keadaan tunggang berdiri, masukkanlah jarum ke dalam penutup getah di botol dan tolak penyuntik ke dalam. Ini akan memasukkan udara ke dalam botol dan ianya akan memudahkan process pengeluaran insulin dari botol.
7. Cari tempat suntikan yang bersih.Insulin senang diserap di perut. Pilih satu tempat lebih kurang 1 inci dari tempat suntikan terakhir.
8. Cubit sejumlah kulit di bahagian perut dengan ibu jari dan jari telunjuk.Pegang alat penyuntik dengan tangan yang lain. Tolak jarum sepenuhnya pada sudut 90 darjah ke dalam kulit.
9. Suntik insulin dengan menolak alat “omboh” sedalamnya dengan menggunakan jari serta melepaskan kulit yang dicubit tadi. Letakkan kapas diatas tempat yang telah disuntik dan tekan dengan perlahan sambil jarum dikeluarkan.
10. Sekiranya terjadinya pendarahan, tekan dengan perlahan di atas tempat yang disuntik tadi buat beberapa ketika.
11. Jangan gosok di tempat suntikan tersebut kerana ini akan menyebabkan insulin diserap dengan terlalu cepat.
12. Buang jarum suntikan dengan selamat
CARA MENYIMPAN INSULIN YANG BETUL
1. Botol insulin yang belum dibuka seharusnya disimpan dalam peti sejuk BUKAN zon pembeku. Insulin yang beku tidak boleh digunakan.
2. Botol insulin yang telah digunakan harus disimpan pada suhu bilik.
3. Jangan simpan insulin di tempat yang panas atau cahaya matahari. Jika terdapat perubahan warna, jangan gunakannya.
Untuk dapatkan supplement yang dapat membantu mengekalkan/ membina insulin atau berkaitan dengan kencing manis, diabetes
Dapatkan consultant dari kami
PM: https://www.facebook.com/KedaiNutrisiAisyah
Blog: http://shaklee-wnuraisyah.blogspot.com/
Email: wan.nuraisyah85@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 019-9856020
Postage & COD disediakan.