Jumaat, 11 Oktober 2013

KEROSAKAN HATI

HATI

Hati merupakan organ terbesar di dalam badan manusia. Ia memainkan peranan penting dalam process menukarkan makanan ke bentuk tenaga. Selain itu juga ia memainkan peranan dalam mengasingkan/membuang toksin-toksin dan racun dalam darah kita. Penyakit hati seperti kegagalan hati berfungsi, jangkitan kuman, boleh menyebabkan sel-sel dan tisu-tisu hati terjejas seterusnya menyebabkan hati rosak dan tidak dapat berfungsi.


PUNCA-PUNCA KEROSAKAN HATI



1.Tidur lewat dan bangun lewat
2. Makan banyak oada suatu masa
3. Tidak buang air kecil pada waktu pagi
4. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan
5. Pengambilan makanan berminyak ketika letih. Adalah lebih baik kurangkan minyak dalam masakan.
6. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
7. Pengambilan alkohol
8. Hepatitis A,B&E and lain-lain virus 
9. Tidak bersarapan
10. Kurangkan makan makanan mentah seperti ulam-ulaman kerana makanan mentah memberi bebanan yang lebih terhadap hati untuk menjalankan fungsinya.




ANTARA SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT HATI


1. Loya. 

2. Muntah. 

3. Sakit perut di bahagian atas kanan abdomen. 

4. Jaundice (sakit kuning) - kulit berwarna kuning disebabkan kepekatan bilirubin dalam saluran darah tinggi. 

5. Keletihan, lemah dan turun berat badan. 

6. Bagi Cirrhosis, simptomnya lebih khusus, seperti: 

i. Kulit mudah lebam kerana kurangnya pengeluaran faktor pembekuan darah. 

ii. Gatal-gatal kulit kerana garam hempedu boleh berkumpul dalam kulit. 

iii. Gynecomastia atau buah dada lelaki membesar kerana hormon seks yang tidak seimbang, terutamanya disebabkan oleh peningkatan hormon estradiol. 

iv. Mati pucuk, kurang nafsu seks, dan testis mengecil kerana pengurangan fungsi hormon seks. 

v. Kekeliruan dan kelesuan disebabkan oleh peningkatan tahap ammonia (hasil buangan daripada metabolisma protein yang memerlukan hati untuk membuangnya) dalam saluran darah dan pengumpulan cecair dalam kaviti abdomen kerana pengurangan protein yang dihasilkan.

Kami ada sediakan beberapa jenis produk semestinya dari SHAKLEE untuk membantu anda dalam mencegah penyakit hati. Hubungi kami untuk khidmat nasihat dan harga terbaik.


✍ PM kami di:
https://www.facebook.com/message/KedaiNutrisiAisyah
✉ Email: wan.nuraisyah85@gmail.com
☏ Call/SMS/WhatsApp: 019-9856020

COD/Postage disediakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan