Jumaat, 11 Oktober 2013

KEROSAKAN HATI

HATI

Hati merupakan organ terbesar di dalam badan manusia. Ia memainkan peranan penting dalam process menukarkan makanan ke bentuk tenaga. Selain itu juga ia memainkan peranan dalam mengasingkan/membuang toksin-toksin dan racun dalam darah kita. Penyakit hati seperti kegagalan hati berfungsi, jangkitan kuman, boleh menyebabkan sel-sel dan tisu-tisu hati terjejas seterusnya menyebabkan hati rosak dan tidak dapat berfungsi.


PUNCA-PUNCA KEROSAKAN HATI



1.Tidur lewat dan bangun lewat
2. Makan banyak oada suatu masa
3. Tidak buang air kecil pada waktu pagi
4. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan
5. Pengambilan makanan berminyak ketika letih. Adalah lebih baik kurangkan minyak dalam masakan.
6. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
7. Pengambilan alkohol
8. Hepatitis A,B&E and lain-lain virus 
9. Tidak bersarapan
10. Kurangkan makan makanan mentah seperti ulam-ulaman kerana makanan mentah memberi bebanan yang lebih terhadap hati untuk menjalankan fungsinya.




ANTARA SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT HATI


1. Loya. 

2. Muntah. 

3. Sakit perut di bahagian atas kanan abdomen. 

4. Jaundice (sakit kuning) - kulit berwarna kuning disebabkan kepekatan bilirubin dalam saluran darah tinggi. 

5. Keletihan, lemah dan turun berat badan. 

6. Bagi Cirrhosis, simptomnya lebih khusus, seperti: 

i. Kulit mudah lebam kerana kurangnya pengeluaran faktor pembekuan darah. 

ii. Gatal-gatal kulit kerana garam hempedu boleh berkumpul dalam kulit. 

iii. Gynecomastia atau buah dada lelaki membesar kerana hormon seks yang tidak seimbang, terutamanya disebabkan oleh peningkatan hormon estradiol. 

iv. Mati pucuk, kurang nafsu seks, dan testis mengecil kerana pengurangan fungsi hormon seks. 

v. Kekeliruan dan kelesuan disebabkan oleh peningkatan tahap ammonia (hasil buangan daripada metabolisma protein yang memerlukan hati untuk membuangnya) dalam saluran darah dan pengumpulan cecair dalam kaviti abdomen kerana pengurangan protein yang dihasilkan.

Kami ada sediakan beberapa jenis produk semestinya dari SHAKLEE untuk membantu anda dalam mencegah penyakit hati. Hubungi kami untuk khidmat nasihat dan harga terbaik.


✍ PM kami di:
https://www.facebook.com/message/KedaiNutrisiAisyah
✉ Email: wan.nuraisyah85@gmail.com
☏ Call/SMS/WhatsApp: 019-9856020

COD/Postage disediakan

Ahad, 29 September 2013

KANSER DI MALAYSIA

KENALI KANSER

Kanser juga dikenali sebagai barah. Ia merupakan suatu penyakit ketumbuhan yg berbahaya di dalam atau di luar badan yang disebabkan oleh pertumbuhan tisu yg tidak normal. Kanser dapat merebak ke bahagian lain.

Biasanya sel-sel dalam badan akan mati akibat peningkatan umur atau mengalami kecederaan. Badan kita akan menggantikan sel-sel yang mati dengan jumlah dan jenis yang betul.

Ini adalah tidak normal apabila sel-sel baru ini berkembang dan bertambah tanpa henti. Sel-sel yang tidak normal ini dinamakan tumor. Tumor akan megelilingi dan menyerap khasiat daripada sel. Tumor ini boleh menyebabkan kanser. Kanser akan berkembang dan tersebar melalui saluran darah dan limpa.

PROSES PEMBAHAGIAN SEL-SEL







FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB KANSER

1. Merokok dan pendedahan terhadap tembakau- mengandungi 80 jenis bahan penyebab kanser
2. Alkohol
3. Pendedahan berlebihan pada sinaran matahari - radiasi ultraviolet
4. Pendedahan terhadap toksin
5. Faktor genatik
6. Gaya hidup tidak sihat - pemakanan, kurang exercise

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO KANSER

1. Elakkan product tembakau, asap rokok, alkohol
2. Maintain kan berat badan ideal
3. Exercises
4. Lebihkan makan buah-buahan, sayuran dan bijirin
5. Ambil langkah keselamatan apabila berada dibawah matahari ( sun block, topi, payung, etc)
6. Kurangkan pendedahan terhadap bahan karosin
7. Ketahuilah sejarah keluarga dan lakukan ujian pemeriksan.
8. Pilih supplement dengan bijak.

Kami ada sediakan beberapa jenis produk semestinya dari SHAKLEE untuk membantu anda dalam mengurangkan risiko kanser. Hubungi kami untuk khidmat nasihat dan harga terbaik.


✍ PM kami di:
https://www.facebook.com/message/KedaiNutrisiAisyah
✉ Email: wan.nuraisyah85@gmail.com
☏ Call/SMS/WhatsApp: 019-9856020

COD/Postage disediakan



BUAH-BUAHAN



Buah-buahan adalah satu sumber tambahan kepada manusia. Disebalik rasa enak, ia mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galikan yang mempunyai nilai perubatan dan mampu memgubati pelbagai jenis penyakit. Namun, mash ramai yang tidak menyedarinya. Antara sumber-sumber tambahan yang boleh didapati dari buah-buahan ialah:-

Karbohidrat - Pelbagai buah mengandungi karbohidrat dalam bentuk glukosa dan dekstrosa. Bahan-bahan ini dapat dihadamkan dengan cepat, diserap oleh tubuh dan membekalkan tenaga serta haba dengan segera. Contohnya pisang dan durian.
Vitamin - Buah-buahan ialah sumber utama vitamin yang diperlukan oleh tubuh supaya sentiasa sihat dan tahan terhadap serangan penyakit. Vitamin yang terdapat dalam buah-buahan ialah vitamin A atau karocena, vitamin C, vitamin B, vitamin B2 dan niasin.
Mineral - Mineral diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil. Kekurangan mineral boleh mengakibatkan gangguan metabolisme badan. Buah-buahan membekalkan mineral seperti kalsium, magnesium, besi, fosforus, kalium, sulfur, dan lain-lain. Contoh-Avokado, anggur, kurma, limau lemon, gajus.
Pektin dan Selulosa - Buah-buahan ialah sumber yang baik bagi pektin dan selulosa. Bahan-bahan ini peru untuk kesihatan tubuh kerana berfungsi merangsang aktiviti usus dan boleh mengelakkan sembelit dan gangguan penyakit lain
Protein, asid amino dan lemak - Protein dan lemak hanya terdapat dalam kuantiti yang kecil dalam buah-buahan segar. Biji gajus, biji kekeras, kurma, anggur kering dan gelinggai banyak mengandungi protein. Asid amino terdapat dalam beberapa spesies buah-buahan. Buah-buahan tidak banyak mengandungi lemak hanya avokado, durian. Biji gajus dan biji kekeras.
Asid organik -Buah-buahan juga kaya dengan asid organik yang membantu proses penghadaman dan menambahkan selera makan - Asid sitrik banyak terdapat dalam spesies limau manakala dalam asid tartarik terdapat dalam buah anggur dan asam jawa - Enzim yang menyerupai pepsin yang menghancurkan protein terdapat dalam betik.


BUAH-BUAHAN TEMPATAN
Malaysia mempunyai kepelbagaian sumber ginetik buah-buahan. Ia dikenali sebagai buah-buahan tempatan. Ia juga terbahagi kepada 2 jenis, iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Contoh buah-buahan tidak bermusim ialah pisang, betik, nenas, belimbing dan tembikai. Manakala contoh bagi buah-buahan bermusim pula adalah seperti, mangga, durian, nangka, rambutan, limau dan jambu batu.




ANTARA KEBAIKAN MAKAN BUAH-BUAHAN

1. EPAL - Mencegah kenaikan badan, menurunkan kolestrol, anti oksidan, mengurangkan risiko cancer.

2. Pisang - Antikemurungan(membantu membaiki tidur), mengawal tekanan darah,meningkatkan daya tumpuan dan  menguatkan ingatanmeningkatkan  tenaga,menjaga kesihatan jantung,melegakan cirit-birit dan sembelit

3. Oren - menjaga kesihatan jantung,penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser.

4. Mangga - antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, berfaedah bagi anemia.

5. Pear -menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan.

6. Kiwi - Sangat kecil tetapi gagah. buah Kiwi adalah sumber baik untuk magnesium, vitamin E dan serat. Ia mengandungi vitamin C sebanyak dua kali ganda dengan sebiji buah oren.

7. Strawberi - Buah perlindungan. Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buah utama dan melindungi badan daripada penyakit barah.

8. Tembikai - Hilangkan dahaga. Terdiri daripada 92% air, ia juga mengandungi glutathione yang mana menolong mengalakkan sistem kebal kita. Ia juga adalah sumber lycopene yang penting. Nutrien lain yang didapati dalam tembikai adalah vitamin C dan Kalium.

9. Jambu dan Papaya - Anugerah teratas untuk vitamin C. Mereka adalah pemenang jelas untuk kandungan tertinggi vitamin C. Jambu juga kaya dengan serat yang dapat mencegah sembelit. Papaya kaya dengan carotene, baik untuk mata.


TIP-TIP MENDAPAT KHASIAT BUAH-BUAHAN SECARA MAXIMUM

1. Makan buah ketika perut kosong untuk meningkatkan kadar penyerapan nutrisi buah-buahan dalam tubuh.

2 Selepas memakan buah pastikan anda menunggu 30 minit sebelum mengambil hidangan berikutnya.

3. Sekiranya anda ingin memakan buah selepas mengambil hidangan pastikan anda mengambilnya selepas 3 jam. Ini untuk memastikan makanan sebelumnya dicerna oleh badan sebelum buah-buahan dimakan.

4.  Cuba mengambil buah pada waktu pagi. Ini akan membantu meningkatkan kandungan gula secara beransur-ansur dan bukan secara mendadak. Kerana sistem pencernaan berehat sepanjang malam dan memakan buah merupakan cara terbaik untuk memulakan pagi anda.

5. Jangan memakan buah bersama makanan lain.

6. Memakan buah sebagai ‘dessert’ tidak memberi hasil yang baik untuk badan.

7. makanlah buah-buahan organik untuk mengelakkan racun perosak yang masih terdapat dalam buah tersebut.

8. Hindari buah-buahan yang ditinkan, buah yang dibekukan atau buah yang telah diproses. Buah-buahan yang diproses biasanya mengandungi gula berlebihan, bahan pengawet dan pelbagai bahan kimia yang tidak diperlukan.


Hubungi kami untuk mendapatkan supplement-suplement / vitamin-vitamin yang dapat membekalkan khasiat seperti buah-buahan. Insyaallah kami akan memberikan yang terbaik untuk anda.

✍ PM kami di:https://www.facebook.com/message/KedaiNutrisiAisyah
✉ Email: wan.nuraisyah85@gmail.com
☏ Call/SMS/WhatsApp: 019-9856020

COD/Postage disediakan

COD/Postage disediakan

Sabtu, 28 September 2013

VIVIX KURANGKAN BAHAYA BARAH




Jom kenali Vivix Shaklee.


Vivix™ ialah minuman campuran botani. Ia merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  Vivix telah diuji di dalam makmal, ia 10x ganda lebih hebat dari resveratrol.


KAYA RESVERATROL.

Apa pulak Resveratrol ye. Resveratrol adalah polifenol yang kadang-kadang dapat ditemukan dalam kulit buah anggur. Resvestrol berupaya mencegah kanser; kanser payu dara, prostat, perut, kolon, pankreas dan tiriod.

Beberapa kajian telah dibuat untuk menguji keberkesanan Resveratrol dalam mencegah penyakit2 kanser.



Hubungi kami untuk mengenalpasti kebaikan-kebaikan dan khasiat-khasiat VIVIX. Insyaallah kami akan memberikan yang terbaik untuk anda.

✍ PM kami di:https://www.facebook.com/message/KedaiNutrisiAisyah
✉ Email: wan.nuraisyah85@gmail.com
☏ Call/SMS/WhatsApp: 019-9856020

COD/Postage disediakan

COD/Postage disediakan





Khamis, 19 September 2013