Memaparkan catatan dengan label buah-buahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buah-buahan. Papar semua catatan

Ahad, 29 September 2013

BUAH-BUAHAN



Buah-buahan adalah satu sumber tambahan kepada manusia. Disebalik rasa enak, ia mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galikan yang mempunyai nilai perubatan dan mampu memgubati pelbagai jenis penyakit. Namun, mash ramai yang tidak menyedarinya. Antara sumber-sumber tambahan yang boleh didapati dari buah-buahan ialah:-

Karbohidrat - Pelbagai buah mengandungi karbohidrat dalam bentuk glukosa dan dekstrosa. Bahan-bahan ini dapat dihadamkan dengan cepat, diserap oleh tubuh dan membekalkan tenaga serta haba dengan segera. Contohnya pisang dan durian.
Vitamin - Buah-buahan ialah sumber utama vitamin yang diperlukan oleh tubuh supaya sentiasa sihat dan tahan terhadap serangan penyakit. Vitamin yang terdapat dalam buah-buahan ialah vitamin A atau karocena, vitamin C, vitamin B, vitamin B2 dan niasin.
Mineral - Mineral diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil. Kekurangan mineral boleh mengakibatkan gangguan metabolisme badan. Buah-buahan membekalkan mineral seperti kalsium, magnesium, besi, fosforus, kalium, sulfur, dan lain-lain. Contoh-Avokado, anggur, kurma, limau lemon, gajus.
Pektin dan Selulosa - Buah-buahan ialah sumber yang baik bagi pektin dan selulosa. Bahan-bahan ini peru untuk kesihatan tubuh kerana berfungsi merangsang aktiviti usus dan boleh mengelakkan sembelit dan gangguan penyakit lain
Protein, asid amino dan lemak - Protein dan lemak hanya terdapat dalam kuantiti yang kecil dalam buah-buahan segar. Biji gajus, biji kekeras, kurma, anggur kering dan gelinggai banyak mengandungi protein. Asid amino terdapat dalam beberapa spesies buah-buahan. Buah-buahan tidak banyak mengandungi lemak hanya avokado, durian. Biji gajus dan biji kekeras.
Asid organik -Buah-buahan juga kaya dengan asid organik yang membantu proses penghadaman dan menambahkan selera makan - Asid sitrik banyak terdapat dalam spesies limau manakala dalam asid tartarik terdapat dalam buah anggur dan asam jawa - Enzim yang menyerupai pepsin yang menghancurkan protein terdapat dalam betik.


BUAH-BUAHAN TEMPATAN
Malaysia mempunyai kepelbagaian sumber ginetik buah-buahan. Ia dikenali sebagai buah-buahan tempatan. Ia juga terbahagi kepada 2 jenis, iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Contoh buah-buahan tidak bermusim ialah pisang, betik, nenas, belimbing dan tembikai. Manakala contoh bagi buah-buahan bermusim pula adalah seperti, mangga, durian, nangka, rambutan, limau dan jambu batu.




ANTARA KEBAIKAN MAKAN BUAH-BUAHAN

1. EPAL - Mencegah kenaikan badan, menurunkan kolestrol, anti oksidan, mengurangkan risiko cancer.

2. Pisang - Antikemurungan(membantu membaiki tidur), mengawal tekanan darah,meningkatkan daya tumpuan dan  menguatkan ingatanmeningkatkan  tenaga,menjaga kesihatan jantung,melegakan cirit-birit dan sembelit

3. Oren - menjaga kesihatan jantung,penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser.

4. Mangga - antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, berfaedah bagi anemia.

5. Pear -menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan.

6. Kiwi - Sangat kecil tetapi gagah. buah Kiwi adalah sumber baik untuk magnesium, vitamin E dan serat. Ia mengandungi vitamin C sebanyak dua kali ganda dengan sebiji buah oren.

7. Strawberi - Buah perlindungan. Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buah utama dan melindungi badan daripada penyakit barah.

8. Tembikai - Hilangkan dahaga. Terdiri daripada 92% air, ia juga mengandungi glutathione yang mana menolong mengalakkan sistem kebal kita. Ia juga adalah sumber lycopene yang penting. Nutrien lain yang didapati dalam tembikai adalah vitamin C dan Kalium.

9. Jambu dan Papaya - Anugerah teratas untuk vitamin C. Mereka adalah pemenang jelas untuk kandungan tertinggi vitamin C. Jambu juga kaya dengan serat yang dapat mencegah sembelit. Papaya kaya dengan carotene, baik untuk mata.


TIP-TIP MENDAPAT KHASIAT BUAH-BUAHAN SECARA MAXIMUM

1. Makan buah ketika perut kosong untuk meningkatkan kadar penyerapan nutrisi buah-buahan dalam tubuh.

2 Selepas memakan buah pastikan anda menunggu 30 minit sebelum mengambil hidangan berikutnya.

3. Sekiranya anda ingin memakan buah selepas mengambil hidangan pastikan anda mengambilnya selepas 3 jam. Ini untuk memastikan makanan sebelumnya dicerna oleh badan sebelum buah-buahan dimakan.

4.  Cuba mengambil buah pada waktu pagi. Ini akan membantu meningkatkan kandungan gula secara beransur-ansur dan bukan secara mendadak. Kerana sistem pencernaan berehat sepanjang malam dan memakan buah merupakan cara terbaik untuk memulakan pagi anda.

5. Jangan memakan buah bersama makanan lain.

6. Memakan buah sebagai ‘dessert’ tidak memberi hasil yang baik untuk badan.

7. makanlah buah-buahan organik untuk mengelakkan racun perosak yang masih terdapat dalam buah tersebut.

8. Hindari buah-buahan yang ditinkan, buah yang dibekukan atau buah yang telah diproses. Buah-buahan yang diproses biasanya mengandungi gula berlebihan, bahan pengawet dan pelbagai bahan kimia yang tidak diperlukan.


Hubungi kami untuk mendapatkan supplement-suplement / vitamin-vitamin yang dapat membekalkan khasiat seperti buah-buahan. Insyaallah kami akan memberikan yang terbaik untuk anda.

✍ PM kami di:https://www.facebook.com/message/KedaiNutrisiAisyah
✉ Email: wan.nuraisyah85@gmail.com
☏ Call/SMS/WhatsApp: 019-9856020

COD/Postage disediakan

COD/Postage disediakan