Apa itu gastrik??
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis adalah sejenis
penyakit keradangan pada dinding/ pengalas/ mukosa perut yang mempunyai rawatan
yang efektif. Lazimnya, keradangan
berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut
menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
1. Akut- apabila keradangan berlaku secara mengejut
lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau
ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
2. Kronik- terjadi secara perlahan-lahan dalam
jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu
kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.
Bagaimana Gastrik
Terjadi?
Perut kita berlipat-lipat sepanjang 25cm
dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Apabila perut kita kosong, tisu
perut tadi berlipat-lipat, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman
masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh
melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut
akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut untuk bantu pencernaan. Antara
asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. Asid ni seperti yang kita maklum
bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, boleh
sebabkan radang yang lebih teruk.
Apakah Simptom-simptom Gastrik?
1. Tiada selera makan
2. Upset Stomach - tidak hadam dengan baik
3. Perut memulas - bila makan bertambah sakit
4. Muntah-rasa loya
5. Cirit birit - najis berwarna hitam
6. Lemah, demam
7. Kembung perut-sakit dada
8. Pedih
ulu hati
9. Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin
sakit apabila makan.
10. Perut menjadi sensitif terhadap
makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol.
11. Hilang selera dan terasa sebu.
12. Perut bahagian atas terasa ‘penuh’
dan senak selepas makan sedikit.
13. Hilang berat badan.
Antara langkah-langkah mengatasi gastrik
1. Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan,
buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti
sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut.
2. Elakkan makan makanan yang mendatangkan
kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak,
bergoreng dan berlemak.
3. Sesetengah sayuran mengeluarkan
banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
4. Elakkan tidur sebaik selepas makan.
Petua orang tua2 ini sebenarnya amat bagus kerana perbuatan tidur sebaik
selepas makan mengundang kepada masalah penghadaman, kegemukan dan masalah2
kesihatan lain. Seeloknya, hanya tidur 4 jam selepas makan,
5. Kurangkan minum minuman beralkohol.
Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan
dinding perut radang atau berdarah.
6. Berhenti merokok. Asap rokok juga
memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya
menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan
meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.
7. Patuhi jadual pengambilan ubat dan
pastikan ubat diambil selepas makan.
8. Kekalkan berat badan seimbang.
Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira
berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang
gemuk. Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan
simptom gastrik.
9. Banyakkan bersenam. Sebarang jenis
senaman seperti aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar
pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti
otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.
10. Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan
asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan
seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala
gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok,
melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit
Bagaimana SHAKLEE boleh membantu mengatasi masalah Gastrik??
1) Energizing Soy Protein - ESP
ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada
kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat
meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang
terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi
menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik
semasa proses pencernaan makanan. ESP merupakan protein yang mempunyai index glisemik rendah
yang membebaskan glukosa secara perlahan. maka asid perut sentiasa mempunyai
makanan untuk dicernakan dan ini boleh mengelak kepada masalah kembung dan
gastrik.
2) Ostematrix
Ostematrix adalah supplement kalsium dengan magnesium dan
vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana
ianya bersifat alkali dimana ia mampu meneutralkan asid di dalam perut.
Ostematrix mudah menyerap ke dalam badan dengan lebih optimum.
ANDA INGIN MENGATASI MASALAH GASTRIK?
Hubungi saya untuk konsultasi & harga istimewa:
Email: wan.nuraisyah85@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 019-9856020
COD/Postage disediakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan