Memaparkan catatan dengan label tanda gastrik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tanda gastrik. Papar semua catatan

Khamis, 11 Julai 2013

GASTRIK??

Apa itu gastrik??

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/ pengalas/ mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.


Gastritis Terbahagi Kepada Dua:

1. Akut- apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.

2. Kronik- terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

Bagaimana Gastrik Terjadi?

Perut kita berlipat-lipat sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Apabila perut kita kosong, tisu perut tadi berlipat-lipat, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut untuk bantu pencernaan. Antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. Asid ni seperti yang kita maklum bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, boleh sebabkan radang yang lebih teruk.


Apakah Simptom-simptom Gastrik?

1. Tiada selera makan
2. Upset Stomach - tidak hadam dengan baik
3. Perut memulas - bila makan bertambah sakit
4. Muntah-rasa loya
5. Cirit birit - najis berwarna hitam
6. Lemah, demam
7. Kembung perut-sakit dada
8. Pedih ulu hati
9. Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
10. Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol.
11. Hilang selera dan terasa sebu.
12. Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit.
13.  Hilang berat badan.

Antara langkah-langkah mengatasi gastrik

1. Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut.
2. Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.
3. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
4. Elakkan tidur sebaik selepas makan. Petua orang tua2 ini sebenarnya amat bagus kerana perbuatan tidur sebaik selepas makan mengundang kepada masalah penghadaman, kegemukan dan masalah2 kesihatan lain. Seeloknya, hanya tidur 4 jam selepas makan,
5. Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.
6. Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.
7. Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.
8. Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk. Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.
9. Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman seperti aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.
10. Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit


Bagaimana SHAKLEE boleh membantu mengatasi masalah Gastrik??



1) Energizing Soy Protein - ESP

ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik semasa proses pencernaan makanan.  ESP merupakan protein yang mempunyai index glisemik rendah yang membebaskan glukosa secara perlahan. maka asid perut sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan dan ini boleh mengelak kepada masalah kembung dan gastrik.

2) Ostematrix

Ostematrix adalah supplement kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dimana ia mampu meneutralkan asid di dalam perut. Ostematrix mudah menyerap ke dalam badan dengan lebih optimum.


ANDA INGIN MENGATASI MASALAH GASTRIK?

Hubungi saya untuk konsultasi & harga istimewa:

Email: wan.nuraisyah85@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 019-9856020
COD/Postage disediakan