Memaparkan catatan dengan label makanan tambahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan tambahan. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Julai 2013

VITAMIN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

KENAPA KITA PERLU VITAMIN??

1. Adakah anda seorang yang merokok?
2. Adakah anda seorang yang kerap berdiet?
3. Adakah anda seorang yang hamil atau menyusukan bayi?
4. Adakah anda seorang yang mempunyai tekanan darah tinggi?
5. Adakah anda seorang yang kecil, kurus atau sudah berhenti haid?
6. Adakah anda seorang yang tindak gemarkan susu atau keju?
7. Adakah anda seorang yang kerap makan daging merah, makanan berlemak?
8. Adakah anda seorang yang sering diserang selsema beberapa kali dalam setahun?
9. Adakah anda seorang yang terdedah kepada bahan kimia yang merbahaya.
10. Adakah anda seorang penggemar makanan jeruk atau awet?
11. Adakah anda seorang yang mengalami sindrom pra-haid? 
12. Adakah anda seorang yang jarang bergiat di luar rumah? 
13. Adakah anda bernafaskan udara tercemar?
14. Adakah anda meminum air kota raya? 
15. Adakah makanan pasaraya anda mengandungi badan kimia, toksik atau bahan pewarna, pengawet?  
16. Adakah anda mengalami stress mental dan kegelisahan? 
17. Adakah anda sering mengambil minuman beralkohol? 
18. Adakah anda salah seorang dari 25 juta orang tua kita? 
19. Adakah anda salah seorang daripada 10 juta wanita yang mengambil kontraseptit oral?
20. Adakah anda terlepas sesetengah sarapan dari empat kumpalan makanan asas?
21. Adakah anda sedang menerima perubatani atau pernahkah anda dimasuk ke dalam hospital kebelakangan ini? 
22. Adakah anda salah seorang dari 10 juta remaja kita? 
23. Adakah anda kemurungan? Adakah anda mengalami penyakit kronik? 
24. Adakah anda makan kerana rasa dan kemudah bukan kerana pemakanan?
25. Mahukah anda merasa sihat? 



LAGI KENAPA KITA PERLU MAKAN TAMBAHAN?

1. Amalan merokok. Merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.
2. Diet. Amalan diet berkemungkinan tidak mengandungi semua kumpulan makanan. Possibility kurang vitamin adalah tinggi. Contoh : diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
3. Julap/ubat sembelit / ubat kurus. Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium
4. Pemakanan seharian tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.
5. Penghadaman yang tak efisien juga boleh membataskan penyerapan vitamin oleh badan. Contoh :  jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat ia menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal. Ini boleh menjejaskan penyerapan vitamin.  
6. Kopi, Teh Panas & Rempah. Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.
7. Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas. Hati dan pankreas merupakan organ penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. 
8. Makanan Terlebih Masak. Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
9. Makanan Diproses (dalam tin). Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
10. Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
11. Antibiotik. Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
12. Alahan Makanan. Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium. 
13. Kehilangan Nutrien Tanaman. Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
14. Kemalangan dan Penyakit. Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
15. Tekanan atau Stress. Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
16. Sindrom pra haid. Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.
17. Remaja. Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
18. Wanita Hamil. Kehamilan memerlukan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
19. Pil Perancang. Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.
20. Warga Emas. Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.