Memaparkan catatan dengan label apa itu ubat?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apa itu ubat?. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Julai 2013

VITAMIN vs UBAT


APA ITU UBAT??




Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit. Secara umum, ubat dibahagi kepada dua kumpulan; 
(1) Tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan,
(2) Dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walaubagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan.

Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten, dipanggil ubat generik.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Ubat


APA ITU VITAMIN??



Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau supplement (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.
Vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Vitamin